Bagi yang tinggal di Lembah Klang dan sedang mencari baju kebaya nyonya, boleh la walk in ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ramai yang datang ke butik kami mencari kebaya nyonya untuk dipakai ke majlis makan malam, kenduri kahwin, majlis konvokesyen dan sebagainya. Terdapat banyak pilihan saiz dan warna untuk anda pilih. Saiz kebaya nyonya kami available dari size XS untuk yang paling kecil dan size 10XL untuk size kebaya nyonya yang paling besar. Jika anda mencari kebaya nyonya untuk kanak-kanak juga boleh didapati di butik kami. Untuk kebaya nyonya kanak-kanak available size dari 1 tahun hingga 12 tahun.
Di butik kami juga, anda boleh padankan baju kebaya nyonya pilihan anda dengan kain batik dan juga kain pareo. Kami sedia membantu dalam membuat padanan yang paling sesuai untuk anda. Anda juga boleh dapatkan aksesori untuk dipakai bersama-sama dengan baju kebaya nyonya seperti dokoh kebaya, kerongsang berantai, cucuk sanggul dan payung kertas nyonya di butik kami.
Kebaya nyonya di butik kami terdapat beberapa jenis kualiti dan harga. Ada yang sulam mesin yang diperbuat di kilang dan juga sulam tangan yang disulam dan dijahit secara manual. Terdapat juga kebaya nyonya dengan sulaman yang exclusive dimana harganya juga agak mahal tetapi memang sangat cantik dan berbaloi dengan harganya.
Untuk pembelian di butik kami, anda boleh buat bayaran menggunakan cash dan juga menggunakan kad debit dan kredit. Tetapi untuk kad kami hanya menerima Visa dan Mastercard sahaja. Tiada sebarang cas tambahan.