Ya, kebaya, kebaya, kebaya. Hari-hari pun kami menyebut tentang kebaya sejak 10 tahun yang lalu. Sedar tak sedar dah sedekad menjual baju kebaya terutamanya kebaya nyonya. Kebanyakkan kebaya nyonya di butik kami adalah sulaman tangan sepenuhnya dan setiap corak sulaman hanya ada satu helai sahaja. Ini kerana sulaman tangan memang agak susah untuk membuat sesuatu corak sulaman yang sama 100%. Jika, mesin memang boleh buat berapa banyak pun. Ada yang tanya, kenapa harga kebaya di butik kami ada beberapa harga yang berbeza? Ya, harga kebaya di butik kami ada beberapa harga yang berbeza, ada yang murah dan ada yang mahal. Kenapa berbeza? Ini kerana upah sulaman berbeza mengikut kualiti, kehalusan sulaman, berapa banyak warna benang yang digunakan dan sebagainya. Oleh sebab itu, harga jualan pun berbeza. Kalau nak yang cantik & sulaman yang halus, memang kena labur lebih sikit berbanding dengan sulaman biasa. Tapi, memang berbaloi kalau beli. Selain dari kebaya nyonya, ada juga lain-lain jenis kebaya di butik kami. Anda juga boleh padankan kebaya pilihan anda dengan kain batik atau pareo yang kami sediakan. Selain itu, kami juga ada menjual aksesori kebaya seperti dokoh kebaya, kerongsang berantai, cucuk sanggul, payung kertas nyonya, tali pinggang besi dan buckle pareo.
Untuk membeli kebaya nyonya di butik kami, anda boleh walk in ke butik kami yang terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor. Senang je nak cari. Sebelah Giant Seri Kembangan je. Boleh Google atau Waze “IZZLEGACY BOUTIQUE”. Confirm boleh sampai. Kalau xde masa nak walk in or tinggal jauh, jangan risau. Boleh beli di website ecommerce kami di http://www.izzlegacy.biz. Selain dari beli di website, untuk response yang lebih cepat kalau ada pertanyaan, boleh juga whatsapp kami di talian : 012-3199026 / 019-7690965.

Sebahagian dari koleksi kebaya di butik kami.