Untuk menghasilkan sehelai baju kebaya nyonya bukan mudah. Perlu melalui beberapa proses dan beberapa orang pekerja mahir. Disini kami akan kongsikan tentang proses pembuatan baju kebaya nyonya sulaman tangan untuk koleksi kebaya nyonya di butik kami. Di pasaran terdapat dua jenis kebaya nyonya iaitu kebaya nyonya sulaman tangan dan kebaya nyonya sulaman komputer (mesin sulam automatik).

Proses yang pertama didalam menghasilkan sehelai baju kebaya nyonya bermula dengan lukisan tangan corak sulaman kebaya di kain kosong. Proses melukis ini memerlukan beberapa hari mengikut kesukaran motif yang dilukis.

Setelah lukisan disiapkan, kain kebaya yang telah dilukis ini akan dihantar kepada pekerja yang mahir didalam sulaman ayak benang. Sulaman ayak benang ini mengambil masa antara 1 – 2 minggu mengikut kesukaran motif yang disulam dan jumlah warna benang yang digunakan.

Untuk melihat bagaimana sulaman ayak benang dilakukan, boleh tengok video dibawah ni ya :

Seterusnya, setelah siap disulam benang, proses berikutnya adalah proses sulaman kerawang tebuk pula.

Untuk melihat bagaimana sulaman kerawang dilakukan, boleh tengok video ini ya.


Setelah sulaman kerawang siap dilakukan, barulah kain kebaya ini dihantar kepada tukang jahit untuk dijahit menjadi baju kebaya nyonya berdasarkan ukuran saiz yang  diberikan. Gambr dibawah menunjukkan baju kebaya nyonya labuh.

Jadi, untuk menghasilkan sehelai baju kebaya nyonya sulaman tangan, kami memerlukan sekurang-kurangnya empat orang pekerja dengan kemahiran yang berbeza. Oleh sebab itu, harga kebaya nyonya agak mahal jika dibanding dengan busana yang lain. Harga kebaya nyonya juga berbeza mengikut kesukaran dan keunikan motif sulaman.

Jemput singgah butik kami jika anda sedang mencari baju kebaya nyonya. Tema kami akan membantu anda didalam memilih dan membuat padanan kain dan aksesori yang bersesuaian dengan anda. Bagi yang tinggal jauh, boleh juga shopping kebaya nyonya online di website ecommerce kedai online kami ya : http://www.izzlegacy.biz.

Jom tengok keadaan didalam butik kami dalam video dibawah ya. Jemput like Facebbok Page Kami (Izzkebaya Collection) dan juga Instagram kami @izzkebaya ya untuk koleksi terkini dan juga panduan dan tips-tips untuk berkebaya.

Top